Statistik adalah segalanya mengenai nombor yang melibatkan pengumpulan data, analisis data dan persembahan data. Statistik dibahagi kepada dua bahagian iaitu Deskriptif statistik dan inferensial statistik.
Deskriptif statistik hanya menceritakan perihal ringkasan daripada data seperti nilai min, sisihan piawai dan jumlah sampel. Ia ibarat taaruf atau pengenalan kepada hasil atau keputusan kajian yang ingin dilaporkan. Biasanya ia ditulis dalam bentuk jadual dan dimasukkan segala maklumat faktor sosio demografik responden di dalamnya.
Manakala inferensial statistik menjurus kepada pengujian hipotesis. Antaranya ialah pengujian hipotesis bagi satu min. Contohnya membandingkan nilai min tekanan darah sistolik sampel (X bar) dengan nilai piawai 120mmHg (u).Antara ujian statistik yang sering digunapakai ialah ujian Student-t, ujian ANOVA dan ujian Khi-kuasa dua.
Inferensial statistik penting apabila kita mahu mengambil kesimpulan daripada sampel bagi menggambarkan populasi yang dikaji. Bagi menjalankan penyelidikan, anda perlu memilih sampel. Adalah mustahil untuk kita membuat kajian yang mengambil keseluruhan populasi. Sama ada ia membazir tenaga dan ongkos ataupun ia adalah sesuatu yang di luar jangkauan kita. kalau keseluruhan populasi namanya banci yang mana setiap penduduk perlu melibatkan diri. Sebagai contoh kenapa kita tidak perlu mengambil data dari populasi. ‘Perlukah anda mengumpulkan semua kucing di dunia untuk membuktikan kaki kucing ada empat? Tentulah tidak bukan. Cukup hanya sekadar beberapa sampel dikumpulkan.
Berikut adalah langkah yang perlu diambil dalam pengujian hipotesis secara umum. Ia sebenarnya berbeza menurut jenis ujian.
1. penentuan hipotesis nul dan hipotesis alternatif
2. pemilihan taburan yang perlu digunakan
3. menentukan rejection dan non rejection region
4. mengira nilai statistik ujian
5. membuat keputusan
Sebenarnya ada segelintir pelajar dan penyelidik yang mengangkat tangan ‘surrender’ apabila menyebut tentang statistik. Mungkin kewujudan nombor dan formula yang memeningkan kepala menjadikan subjek statistik agak tidak popular. Namun, kehadiran perisian seperti SPSS sebenarnya banyak membantu meringankan beban semua penyelidik. Hanya beberapa langkah semua pengujian hipotesis boleh dilaksanakan dengan mudah. Berikut adalah buku yang saya suka dan telah saya cadangkan kepada pelajar untuk memperolehinya bagi pembelajaran sepanjang dua semester.
Peter Allen & Kellie Bennett . 2010. PASW Statistics by SPSS. A Practical Guide Version 18.0. Cengage Learning
Manakala buku di bawah ini lebih tebal dan ia menggabungkan SPSS dan teori statistik. Bahasanya juga menarik, tidak seperti buku statistik biasa yang penuh dengan nombor dan formula.
Discovering Statistic Using SPSS. 3rd Editin. Andy Field. Sage Publication Ltd.

