Alhamdulillah 10 ramadhan yang petama telah berakhir. Berpuasa ibarat ibu yang mengandung. Bagi Trimester pertama ada para ibu yang tidak mengalami morning sickness. Baby dalam perut pun tidak mengganggu tugasan seharian. Kita yang berpuasa pun begitu. Trimester pertama bagi yang berpuasa, mungkin pada 3-4 hari pertama perut agak pedih menahan lapar. namun selepas itu perut dah agak selesa. Badan pun dah biasa dengan keperluan berpuasa. Tengok saja lah anakku yang ketiga, si Huda. 4 hari pertama boleh katakan tiap petang merengek kepenatan dan dahaga. Tapi sekarang dah cergas. Muka pun dah ceria. Abang Yang siap boleh main bola lagi kat depan rumah.
Sekarang kita dah masuk Trimester kedua iaitu 10 hari yang kedua. Trimester ketiga iaitu 10 hari terakhir ramadhan adalah hari di mana malam lailatul qadar perlu dicari.
udoh raye dah pun…………….
Selamat ari raya..
maaf zahir batin….^_^