Feeds:
Posts
Comments

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Exercise SPSS 2 (ANOVA)

1. The following are the BP measurements for a sample of Malays, Chinese and Indians.

Malays
125 126 135 138 132 130 134 120 115

Chinese
135 136 131 132 136 134 139 135

Indians
140 142 147 138 137 135

2. Students’ statistic marks from three classes

Class A
80 60 70 55 78 79 65 75 88 95

Class B
75 70 66 75 72 68 78 65 60 63

Class C
75 60 56 66 45 60 48 55 62 70

Question
1. Write an objective.
2. Describe the measurements in each group.
3. Test if the variances are similar (homogeneity)
4. Test if there is a significant difference in means between the groups
5. Perform Post Hoc.
6. perform nonparametric and compare the result.

Exercise SPSS 1 (T-test)

Independent sample T test

Please use SPSS to analyze data below to compare means for two groups of cases.
1. Marks obtained by a group of students in Statistics

Female
71 65 55 70 73 82 85 86 63 72 82 55 61 68 80 70

Male
66 55 59 62 57 56 58 62 61 62 67 60 60 62 58 57 56 55 59 52

2. BP measurements for a sample of vegetarians and non vegetarians

vegetarians
118 114 121 126 125 128 109 119 125 114 112 110 115 116 108 117

non vegetarians
130 128 133 126 131 127 129 136 130 127 134 134 132 133 131 131 135 136 125 124

Question

1. Write an objective
2. Describe measurements in each group
3.Test if the variances are similar
4. Test if there is a significant difference in means between the two groups.
5.Obtain 95% confidence interval and interpret the result.
6. Perform a nonparametric test and compare the result

ujian statistik

Statistik adalah segalanya mengenai nombor yang melibatkan pengumpulan data, analisis data dan persembahan data. Statistik dibahagi kepada dua bahagian iaitu Deskriptif statistik dan inferensial statistik.

Deskriptif statistik hanya menceritakan perihal ringkasan daripada data seperti nilai min, sisihan piawai dan jumlah sampel. Ia ibarat taaruf atau pengenalan kepada hasil atau keputusan kajian yang ingin dilaporkan. Biasanya ia ditulis dalam bentuk jadual dan dimasukkan segala maklumat faktor sosio demografik responden di dalamnya.

Manakala inferensial statistik menjurus kepada pengujian hipotesis. Antaranya ialah pengujian hipotesis bagi satu min. Contohnya membandingkan nilai min tekanan darah sistolik sampel (X bar) dengan nilai piawai 120mmHg (u).Antara ujian statistik yang sering digunapakai ialah ujian Student-t, ujian ANOVA dan ujian Khi-kuasa dua.

Inferensial statistik penting apabila kita mahu mengambil kesimpulan daripada sampel bagi menggambarkan populasi yang dikaji. Bagi menjalankan penyelidikan, anda perlu memilih sampel. Adalah mustahil untuk kita membuat kajian yang mengambil keseluruhan populasi. Sama ada ia membazir tenaga dan ongkos ataupun ia adalah sesuatu yang di luar jangkauan kita. kalau keseluruhan populasi namanya banci yang mana setiap penduduk perlu melibatkan diri. Sebagai contoh kenapa kita tidak perlu mengambil data dari populasi. ‘Perlukah anda mengumpulkan semua kucing di dunia untuk membuktikan kaki kucing ada empat? Tentulah tidak bukan. Cukup hanya sekadar beberapa sampel dikumpulkan.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil dalam pengujian hipotesis secara umum. Ia sebenarnya berbeza menurut jenis ujian.

1. penentuan hipotesis nul dan hipotesis alternatif
2. pemilihan taburan yang perlu digunakan
3. menentukan rejection dan non rejection region
4. mengira nilai statistik ujian
5. membuat keputusan

Sebenarnya ada segelintir pelajar dan penyelidik yang mengangkat tangan ‘surrender’ apabila menyebut tentang statistik. Mungkin kewujudan nombor dan formula yang memeningkan kepala menjadikan subjek statistik agak tidak popular. Namun, kehadiran perisian seperti SPSS sebenarnya banyak membantu meringankan beban semua penyelidik. Hanya beberapa langkah semua pengujian hipotesis boleh dilaksanakan dengan mudah. Berikut adalah buku yang saya suka dan telah saya cadangkan kepada pelajar untuk memperolehinya bagi pembelajaran sepanjang dua semester.

Peter Allen & Kellie Bennett . 2010. PASW Statistics by SPSS. A Practical Guide Version 18.0. Cengage Learning

Manakala buku di bawah ini lebih tebal dan ia menggabungkan SPSS dan teori statistik. Bahasanya juga menarik, tidak seperti buku statistik biasa yang penuh dengan nombor dan formula.

Discovering Statistic Using SPSS. 3rd Editin. Andy Field. Sage Publication Ltd.

kartun ciptaan sendiri

Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam pengajaran. Antaranya penggunaan GoAnimate yang saya rasakan memberi kelainan berbanding kaedah biasa.  Berikut adalah salah satu kartun yang berjaya saya siapkan semasa bengkel Web 2.0 di UKM Bangi.

GoAnimate.com: introduction to statistic by ismarulyusda
http://goanimate.com//api/animation/player?utm_source=embed

Like it? Create your own at GoAnimate.com. It’s free and fun!

Alhamdulillah 10 ramadhan yang petama telah berakhir. Berpuasa ibarat ibu yang mengandung. Bagi Trimester pertama ada para ibu yang tidak mengalami morning sickness. Baby dalam perut pun tidak mengganggu tugasan seharian. Kita yang berpuasa pun begitu. Trimester pertama bagi yang berpuasa, mungkin pada 3-4 hari pertama perut agak pedih menahan lapar. namun selepas itu perut dah agak selesa. Badan pun dah biasa dengan keperluan berpuasa. Tengok saja lah anakku yang ketiga, si Huda. 4 hari pertama boleh katakan tiap petang merengek kepenatan dan dahaga. Tapi sekarang dah cergas. Muka pun dah ceria. Abang Yang siap boleh main bola lagi kat depan rumah.

Sekarang kita dah masuk Trimester kedua iaitu 10 hari yang kedua. Trimester ketiga iaitu 10 hari terakhir ramadhan adalah hari di mana malam lailatul qadar perlu dicari.

Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. Sejak sekian lama membina blog ini, inilah kali pertama saya menukilkan sesuatu di blog. Harapnya tidak menjadi nukilan yang pertama dan terakhir. Sekiranya berkesempatan, blog ini akan cuba diselenggara sebaik mungkin. Kredit diberikan buat suami tersayang Ust Hamizul yang mencipta blog ini dan Dr Supyan Husin yang mengajar wordpress semasa bengkel Web 2.0 di UKM minggu lepas. Doakan saya.

Semoga bulan ini menjadi bulan pesta ibadah. Tahun ini insyaallah saya akan cuba bertadarus di surau An-Nur seperti tahun-tahun yang sudah. Namun kehadiran baby Ilham tahun ini menghadkan kehadiranku ke surau. Kalau mood dia ok barulah umi berani tinggalkan untuk ke surau. Sebagai gantian tahun ini cuba untuk bertadarus di pejabat.

Saya mengambil cuti sempena satu ramadhan memandangkan anak-anak semuanya bercuti. Kesempatan ini saya bawa mereka ke bazar ramadhan berdekatan. Pelbagai juadah dibeli antaranya ayam percik, tau fu fah dan kuih-muih.Si kecil Husna dan Hanim juga tak ketinggalan walaupun tak berpuasa. Pulang dari membeli makanan mereka merengek nak makan. Saya berikan hanim donut coklat dan husna separuh nasi beriyani yang menjadi pilihan dia semasa di bazar. Pesanan saya supaya makan di dapur hanya husna yang patuh. Hanim yang baru mencecah tiga tahun tak makan saman. Makan depan tv. Nasib lah abang long, abang yang dan kak huda sabar. Kak Huda pula sejak pukul empat mengira jam. Asyik tanya berapa jam lagi nak berbuka. Kesian le umi tengok anak umi ni.. kurus kering tapi sabar berpuasa hingga ke azan maghrib. Masa berbuka, abi ke surau jadi abang long yang bacakan doa berbuka dibantu oleh abang yang. Husna dan hanim dah tidur keletihan. Nasib baik tadi diorang dah makan. alhamdulillah satu hari dah selesai berpuasa. Esok dan seterusnya umi akan cuba masak untuk hidangan berbuka. Di samping berjimat kualiti makanan lebih terjaga.

Satu ramadahan juga menyaksikan Ilham Huzaifah anak kecil ku yang berumur lima bulan mula meniarap. Kalau dikira tujuh kali dia meniarap dalam satu hari tu. Terima kasih Ya Allah menghadiahkan ku anak yang sihat dan comel. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan hebat.

Ya Allah Ya Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Berilah kekuatan kepada keluarga ku untuk menjalankan ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Peliharalah kami dari perbuatan yang sia-sia. Amin Ya Rabb..

This post is password protected. To view it please enter your password below:


consultation

statistic analysis

data analysis using SPSS

community health

Research

1. Kesan suplementasi mikonutrien terhadap status pemakanan dan IQ kanak-kanak sekolah (0025-EA093) 2003-2006
2. Clinical value of human mammaglobin in invasive breast canser patient (02-01-02-SF0122) 2007-2009

3. Kajian Iodin defisiensi Kebangsaan. (Penyelidik Bersama) 2008-2009
4. Multivariate Characterisation Of Andrographis paniculata And Labis pumila According To Their Spectroscopic And Chromatographic Fingerprints (Penyelidik Bersama (UKM-GUP-SK-08-23-298 Penyelidik Bersama)

5. Knowledge and View on Cervical and Its Prevention Among Secondary School Students (NF-001-09 Penyelidik Bersama)

6. Pengujian Kongnitif terhadap instrumen kajian surveilan tingkah laku kesihatan berisiko remaja Malaysia 2010 (YBRFS).( NMRR-09-475-3922)

7. Lecture Delivery Effectiveness of FSKB UKM Lecturer’s (UKM-PTS-112-2009 Penyelidik Bersama)

8. Kajian faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan perokok di klinik berhenti merokok, hospital putrajaya.( NMRR-10-766-6813)

9. Development of Activities of Daily Living (ADL) Index to Measure Impact of Vision Impairment on Schoolchildren with vision Disability (KOMUNITI-2011-018 Penyelidik Bersama)

10. Keberkesanan intervensi Indidvidu dalam Mengurangkan Stress dan Masalah Muskuloskeletal Berkaitan pekerjaan Di Kalangan pekerja Ladang kelapa Sawit (NN-183-2010 Penyelidik Bersama)

11. Penggunaan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bagi modul biostatik di kalangan pelajar prasiswazah FSKB, UKM (PTS-2011-055 Penyelidik Bersama)

12. Determination of Health Status Between Agriculture Farmers In Cameron Highland and Bachok (ERGS/1/2011/SKK/UKM/03/12 Penyelidik Bersama)

13. The Association Between Health Literacy and Diabetic Control Among Adults with Type 2 Diabetes Mellitus at Pandamaran Health Clinic.

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.